UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Mahadir Naidu Noor Banu,
Title :Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) UPSI
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pendidikan Moral diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989 bertujuan untuk mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran, emosi dan tingkah laku moral. Namun dari segi perlaksanaan subjek ini dikatakan agak kurang berkesan dan tidak mencapai objektif yang digariskan. Masalah kekurangan guru Pendidikan Moral terlatih, kekaburan konsep dan kandungan moral dan kelemahan penilaian subjek ini antara faktor penyumbang. Justeru Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan bahawa subjek ini seharusnya diajar oleh guru siswazah terlatih dalam bidang Penididikan Moral. UPSI mengambil langkah memperkenalkan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian. Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini telah diluluskan oleh Senat Universiti pada 27 Julai 2004, Lembaga Pengarah Universiti pada 17 Ogos 2004 dan Jabatan Pendidikan Tinggi pada 16 Mac 2005. Kemasukan pelajar pertama untuk mengikuti program Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) ini dilakukan pada semester 1 sesi 2005/2006. Perlaksanaan Program Ijazah Saijanamuda Pendidikan Moral yang telah ditawarkan buat pertama kali di UPSI memungkinkan beberapa pandangan dan persepsi sama ada dari golongan akademik juga golongan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk melihat pandangan pelajar mengenai kepentingan program Pendidikan Moral UPSI, keperluan program Pendidikan Moral UPSI, kurikulum yang telah diambil dan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif meliputi kaedah soal selidik. Data yang dikumpul dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir 95% pelajar ambilan pertama ini merasakan program ini penting untuk membolehkan bakal guru moral menguasai kandungan dan disiplin moral itu sendiri. Pelajar juga berpandangan bahawa program ini perlu bagi memenuhi permintaan guru Pendidikan Moral terlatih. Hampir 95% pelajar ambilan pertama bersetuju dengan kurikulum program Pendidikan Moral yang diperkenalkan. Hanya 5% pelajar tidak bersetuju dengan sesetengah kurikulum yang di ajar. Dapatan juga menunjukkan hampir 96% pelajar merasakan pengajaran dan pembelajaran pensyarah adalah baik. Hanya lebih kurang 4% pelajar kurang bersetuju dengan sebahagian kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Sehubungan dengan itu kerangka kurikulum Pendidikan Moral yang jelas, pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik, kajian dalam bidang moral itu sendiri perlu dipertingkatkan untuk menjadikan program ini lebih baik pada masa akan datang dan seterusnya berjaya melahirkan guru pendidikan moral yang menguasai ilmu bidang dan pedagogi moral serta berakhlak mulia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.