UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Jani Julismah,
Title :Model Jay dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Model Jay atau akronimnya ialah Just assessment yourself yang membawa maksud mentaksir dan meniiai diri sendiri dengan tepat melalui aktiviti tugasan belajar. Pelajar meniiai sendiri tahap kemajuan pembelajarannya dalam kemahiran hantaran aras dada bagi permainan bola baling berdasarkan senarai semakan berkriteria yang telah disediakan guru dalam buku manual. Pelajar meniiai pencapaian dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif pada akhir proses tugasan belajamya. Objektif kajian ialah untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran, mengenalpasti perbezaan di antara jantina dan jenis sekolah serta melihat hubungan di antara penguasaan dengan pencapaian tugasan belajar pelajar melalui model Jay dalam kelas Pendidikan Jasmani. Seramai 529 pelajar lelaki dan perempuan di tingkatan 2 di dua buah sekolah menengah harian biasa dan dua buah sekolah menengah berasrama penuh yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar menguasai pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif dalam tugasan belajar pada tahap tinggi (M=2.56, SD=0.43; M=2.40, SD=0 48; M=2.62, SD=0.71; M=2.71, SD=0.48) kecuali bagi kemahiran hantaran aras dada dalam situasi permainan adalah pada tahap sederhana (M-4.0, SD=3.10). Terdapat perbezaan yang signifikan (p < .05) di antara jantina dan jenis sekolah dalam penguasaan dan pencapaian tugasan belajamya. Terdapat hubungan yang tinggi (r=.92) dan positif serta signifikan (p< .01) di antara penguasaan kemahiran dengan pencapaian pelajar dalam tugasan belajar melalui model Jay. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi mengajar melalui model Jay membantu pelajar dalam melaksanakan tugasan belajar ke arah menguasai pembelajaran dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Model ini turut membantu guru dalam pengurusan mengajar yang mana guru sebagai pemudah cara dan memantau aktiviti tugasan belajar pelajar tanpa memberikan arahan dominan bagi setiap langkah pengajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)