UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Tan Tiam Lai,
Title :Analisis kontrastif kata ganti nama diri dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau persamaan dan perbezaan kata ganti nama diri antara bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam penggunaan kata ganti nama diri di kalangan pelajar-pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina. Penyelidikan ini juga bertujuan meramalkan kesukaran pembelajaran kata ganti nama diri dalam bahasa Cina supaya para pelajar dapat memberi perhatian semasa mempelajari penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa Cina. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kontrastif yang dipelopori oleh Robert Lado (1957). Penyelidik akan menjalankan kajian analisis kontrastif terhadap kata ganti nama diri bahasa Melayu dan bahasa Cina dengan membandingkan penggunaan kata ganti nama diri dalam kedua-dua bahasa. Penyelidikan analisis kontrastif ini melibatkan empat langkah untuk menganalisa data iaitu huraian,pemilihan, membuat perbandingan dan seterusnya meramalkan masalah. Hasil penyelidikan ini menunjukkan banyak persamaan dan perbezaan dalam kata ganti nama diri dalam konteks nahu. Penyelidikan ini juga meramal masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Akhir sekali, beberapa cadangan telah disyorkan kepada para pengajar dan pelajar tentang cara-cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari kata ganti nama diri bahasa Cina. Cadangan penyelidikan lanjutan juga dikemukan kepada penyelidik lain yang ingin melanjutkan penyelidikan dalam kata ganti nama diri bahasa Cina.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.