UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Usof Shaheda,
Title :Pembelajaran berbantu laman e-pedagogi interaktif
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2009
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini bertujuan menilai persepsi guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap pembelajaran berbantukan Laman e-Pedagogi Interaktif yang direka bentuk berdasarkan Teori Kognitif Sosial Vygotsy. Teori ini menumpukan kepada tiga unsur utama iaitu interaksi sosial, scaffolding dan ZPD. Interaksi sosial yang dikaji ialah interaksi bersemuka dan interaksi tidak bersemuka, aspek lain yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah aspek scaffolding (sokongan). Aspek sokongan yang akan dikaji ialah aspek sokongan guru, sokongan rakan sebaya dan sokongan tersembunyi yang disediakan dalam laman web. Untuk menguji keberkesanan dalam Zone of Proximal Development (ZPD) ujian-pra dan ujian-post digunakan. Akhirnya, cadangan pelajar diperlukan untuk memperbaiki kualiti web pedagogi interaktif. Subjek kajian terdiri daripada sekumpulan guru pelatih Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI-UPSI) Semester 2 2007-2008 yang mengambil Kursus Pedagogi Pendidikan (KPD5023). Kajian ini merupakan kajian kualitatif tetapi aspek kuantitatif juga digunakan kerana data juga diperlukan untuk menilai keberkesanan pelajar dalam Zone of Proximal Developmental (ZPD). Tujuan kajian adalah untuk menilai sikap guru pelatih terhadap Pembelajaran Berbantukan Web Pedagogi Interaktif serta menilai sikap mereka terhadap unsur interaksi sosial dan kepentingan unsur sokongan (scaffolding) dalam sesuatu perisian pendidikan. Seterusnya kajian ini bertujuan meninjau sejauh mana pembelajaran berbantukan Laman E-Pedagogi Interaktif membantu meningkatkan prestasi guru pelatih dalam pembelajaran pedagogi pendidikan. Laman e-Pedagogi Interaktif telah direkabentuk berdasarkan Perisian Hot Potatoes dan Editor Frontpage dan Flash. Perisian ini difikirkan sesuai untuk guru-guru yang kurang mahir dalam bidang komputer tetapi berminat untuk membangunkan perisian sendiri yang relevan dengan sukatan pelajaran serta minat serta kecenderungan pelajar mereka. Diharapkan prinsip-prinsip reka bentuk dalam Laman e-Pedagogi Interaktif dapat dijadikan panduan kepada guru pelatih, pensyarah dan penggubal dasar pendidikan serta pereka web perisian pendidikan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.