UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Kasa Zakaria, Dawi Amir Hasan, Wahid Azhar, Madon Mohd Sani, Idris Mohd Noor, Ali Shaharudin,
Title :Isu pendidikan luar bandar di Perak (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2010
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Banyak diperkatakan tentang isu pendidikan luar bandar di dalam dan di luar negara. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau isu-isu berkenaan di sekolah-sekolah luar bandar di negeri Perak. Ini termasuklah meninjau profil sekolah luar bandar, efikasi kendiri guru dan murid, persepsi murid terhadap guru, rakan sebaya dan iklim sekolah, sikap murid terhadap kokurikulum, stail pembelajaran murid, pilihan kerjaya murid, minat belajar, persepsi guru terhadap sekolah, rakan sekerja, ibu bapa, pengetua, masyarakat setempat dan murid, pengajaran guru, kepuasan kerja guru, tahap burnout guru, dan masalah yang dihadapi pengurusan sekolah. Kajian ini adalah kajian deskriptif yang melibatkan seramai 1,692 murid dan 422 guru di sekolah luar bandar di Perak sebagai sampel kajian. Teknik persampelan kelompok telah digunakan untuk memilih sampel kajian. Sekolah telah dijadikan kelompok dan semua pelajar Tingkatan 5 dan 55% guru sekolah terpilih terlibat sebagai sampel kajian. Tiga set soal selidik iaitu soal selidik untuk guru, murid dan ibu bapa telah dibina dan ditadbirkan sendiri oleh penyelidik. Satu set skedul temubual juga telah dibina untuk menemubual pengetua sekolah yang terlibat dalam kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan murid luar bandar di Perak bercita-cita menjadi guru, purata bilangan adik beradik murid ialah seramai lima orang, majoriti ingin meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, dan lebih 70% datang daripada keluarga berpendapatan kurang RM1,000.00. Hampir 70% bapa murid berpendidikan tertinggi setakat SPM. Hanya 5% sahaja bapa mereka memiliki Ijazah Saijana Muda ke atas, Murid juga didapati mempunyai minat yang sederhana tinggi terhadap pembelajaran. Bagaimanapun, mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk berjaya. Stail pembelajaran mereka lebih kepada Kinestatik dan audio. Pilihan kerjaya mereka banyak dipengaruhi oleh maklumat yang diterima daripada orang luar dan kurang daripada ibu bapa. Efikasi kendiri murid adalah tinggi dalam mempertingkatkan pencapaian akademik, pembelajaran kendiri, 'self-regulatory', mendapat bantuan sosial dan memenuhi hasrat orang lain. Bagaimanapun efikasi kendiri mereka rendah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)