UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Kasa Zakaria, Ibrahim Mohamad, Kahar Mohd Ramli Buyong, Dawi Amir Hasan, Hashim Ahmad, Che Omar Che Mohd Zulkifli, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Oth
Title :Kajian penyesuaian program pengajian UPSI dengan bidang pekerjaan (graduan 1999-2009) (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2010
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian program pengajian yang ditawarkan oleh UPSI dengan bidang pekerjaan. Lapan aspek yang dilihat ialah kesediaan graduan UPSI meneruskan pengajian diperingkat lebih tinggi, kesesuaian program UPSI dengan keperluan bidang keguruan, pandangan graduan terhadap pelaksanaan kokurikulum, kesesuaian kokurikulum dengan keperluan sekolah, kesediaan graduan bekerja sebagai guru atau bukan guru di luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kesesuaian program pengajian UPSI dengan keperluan semasa bidang keguruan mengikut pandangan majikan guru, kesesuaian prasarana dan kemudahan untuk program pengajian mengikut pandangan pensyarah dan kesesuaian graduan bekerja diluar bidang keguruan mengikut pandangan majikan bukan guru. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data daripada graduan yang bergraduat dari tahun 1999 hingga 2009 (populasi 14,942, sampel 1500 dan 80% memberi maklumbalas), majikan guru (populasi 5000, sampel 425 dan 88% memberi maklumbalas), pensyarah (populasi 560, sampel 300 dan 91% memberi maklumbalas), tenaga pengajar kokurikulum (populasi 75, sampel 75 dan 97% memberi maklumbalas). Graduan UPSI yang berkerja di luar bidang guru tidak ramai; hanya 44 orang sahaja yang dapat dikesan. Kesemua 44 majikan bukan guru telah menjawab soal selidik. Soal selidik adalah dalam bentuk jawapan terhad dan juga jawapan terbuka. Lima set soal selidik telah diedarkan terdiri daripada: Soal Selidik Graduan, Soal Selidik Majikan (Guru), Soal Selidik Majikan (Bukan Guru), Soal Selidik Pensyarah dan Soal Selidik Tenaga Pengajar Kokurikulum. Analisis data menggunakan Statistical Package for Windows Social Science (SPSS). Hasil dapatan diperolehi dalam bentuk peratus, min dan frekuensi. Dari segi kesediaan graduan UPSI meneruskan pengajian, kebanyakan graduan iaitu 78% berminat melanjutkan pengajian keperingkat sarjana dan doktor falsafah. Sebanyak 60.1% bercadang melanjutkan pelajaran dalam tempoh 4 tahun ke atas selepas bergraduat, 36.7% memilih 1-3 tahun dan hanya 3.1% memilih kurang setahun setelah bergraduat. Sebanyak 68.0% berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama dan selebihnya, 32.0% memilih bidang lain. Seramai 55.5%, graduan memilih UPSI, 40.4% memilih IPTA lain, 2.4% memilih universiti luar negara dan 1.7% memilih IPTS untuk melanjutkan pengajian. Pelbagai bidang pengajian dipilih oleh graduan, tetapi majoriti memilih bidang yang berkaitan dengan Pendidikan seperti Pedagogi, Psikologi, Pengurusan Pendidikan dan Teknologi Pendidikan.. Sebilangan kecil (30%) sahaja yang benninat dalam pengajian bidang konten. Bagi meneliti akan kesesuaian kandungan kursus major dan minor yang sesuai bagi sekolah; penyelidik meletakkan kriteria kandungan 40% ke atas sebagai memenuhi kesesuaian. Bagi kursus major didapati kandungan kesemua program yang dipelajari di UPSI sesuai digunakan dalam pengajaran di sekolah. Bagi major Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Sains Sukan, Bahasa Inggeris, Seni Visual, Bimbingan dan Kaunseling, Biologi, Matematik, Kesusasteraan Melayu, Sains, Pendidikan Muzik, Fizik, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Perniagaan skor yang diperolehi adalah melebihi 80%. Bagi major Ekonomi, Kimia dan Perakaunan skor yang diperolehi adalah kurang daripada 70%. Bagi semua kursus minor kecuali minor Pendidikan Muzik (39.9%) kajian mendapati bahawa kandungan yang dipelajari di UPSI sesuai digunakan di sekolah. Bagi minor Sejarah, Sains Sukan, Matematik dan Geografi peratus kandungan yang memenuhi keperluan pengajaran di sekolah ialah melebihi 80%. Bagi mata pelajaran Kimia, Sains, Fizik, Teknologi Maklumat peratus kandungan yang sesuai adalah 75%. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Biologi, Ekonomi, Bahasa Inggeris, Seni Visual dan Kesusasteraan Melayu peratus kandungannya adalah di antara 70% hingga 55%. Kebanyakan graduan major dalam Bahasa Melayu, Geografi, Pengurusan Perniagaan dan Sejarah yakin mengajar sehingga tingkatan enam. Bagi program major Biologi, Kimia, Fizik, Kesusasteraan Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Perakaunan, Sains Sukan dan Teknologi Maklumat kebanyakan graduan yakin mengajar sehingga tingkatan lima sahaja. Bagi program major ekonomi pula kebanyakan graduan yakin mengajar sehingga tingkatan empat sahaja. Sebanyak 50% graduan minor dalam Biologi, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Ekonomi, Sains Sukan "dan Teknologi Maklumat yakin mengajar sehingga tingkatan lima. Bagi graduan minor Bimbingan dan Kaunseling, 84.4% menyatakan mampu menjalankan tugas sebagai kaunselor lepada pelajar tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan enam dan matrikulasi. Dari segi kesesuaian kursus ikhtisas pendidikan dengan keperluan pengajaran; majoriti (75%) graduan menyatakan kursus Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Pendidikan adalah sesuai digunakan sebagai guru. Bagi kursus lain yang dianggap sesuai digunakan oleh graduan sebagai guru ialah Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikart (66.7%) dan Rekabentuk Instruksional dan Teknologi (53.0%). Manakala kebanyakan graduan menyatakan kursus Sosiologi Pendidikan, Kurikulum dan Falsafah Pendidikan kurang sesuai digunakan oleh guru dalam tugas mereka di sekolah. Namun begitu, analisis soalan terbuka menunjukkan kursus-kursus iklitisas yang dilihat sebagai kurang sesuai (berdasarkan analisis kuantitatif), juga mempunyai kesesuaian tertentu untuk pekerjaan guru yang perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara, membantu dalam pentadbiran serta pengurusan dan membantu dalam membina dan raenggubal kurikulum. Kemahiran yang tertinggi diperolehi daripada UPSI adalah sebagai guru penasihat persatuan dan kelab, guru penasihat sukan dan permainan dan guru kokurikulum. Kemahiran yang sederhana tinggi diperolehi daripada UPSI adalah dari segi pentadbiran, pengurusan kurikulum dan guru panitia. Kemahiran yang paling rendah diperolehi daripada UPSI ialah guru kelas, guru disiplin, guru teknologi media, Pusat Sumber/ICT, guru penasihat unit beruniform dan warden asrama. Analisis soalan terbuka mengenai pandangan graduan tentang kemahiran yang perlu dikuasai semasa di UPSI adalah seperti berikut: Graduan berpendapat bahawa kemahiran yang perlu dikuasai untuk menjalankan tugas dengan berkesan ialah Pengurusan Kurikulum, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengurusan Sukan dan Permainan, Pengurusan dan Pentadbiran, Pengurusan Bilik Darjah, Kemahiran Komunikasi dan Pengurusan Kokurikulum. Analisis soalan terbuka mendapati ramai graduan memerlukan guru pembantu dalam pengajaran. Analisis soalan terbuka mengenai pelaksanaan kokurikulum dan kesesuaian dengan keperluan sekolah mendapati unit beruniform seperti Palapes, Pertahanan Awam, Kadet Pol is, Kadet Remaja, Pengakap, Perkasa dan lain-lain unit beruinform sangat berfaedah untuk sekolah. Para graduan juga menyatakan kokurikulum sukan dan permainan memberi faedah apabila graduan bertugas di sekolah dari segi kejurulatihan, pengurusan dan guru penasihat. Ramai graduan menyatakan Persatuan dan Kebudayaan mempunyai faedah di sekolah. Diantara yang disyorkan ialah Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Drama dan Teater, Kelab Komputer, Kelab Seni, Kelab Kewartawanan, Kelab Muzik, Persatuan Sains dan Kelab Seni Tari. Persepsi graduan terhadap tenaga pengajar kokurikulum adalah memuaskan dari segi pengajaran dan dapat menjadi contoh yang baik dalam kokurikulum (83.1%), pengajar dapat membimbing dengan berkesan (82.8%) dan kaedah pengajaran yang digunakan menepati bidang yang diajar (81.4%). Tetapi mereka berpendapat, peralatan kokurikulum yang disediakan adalah kurang memuaskan. Dari segi kesediaan graduan bekerja sebagai guru atau bukan guru di luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); kajian mendapati sebanyak 40% graduan bersedia untuk bekerja sebagai guru atau bukan guru di luar KPM dengan alasan berikut: Disebabkan oleh tarikan gaji (75.2%), jaminan masa hadapan (45.3%), prospek kenaikan pangkat (36.4%) dan faktor dorongan keluarga (32.2%). Institusi pekerjaan yang menjadi pilihan utama mereka ialah IPTS (63.2%), Pegawai Tadbir Diplomatik (37.8%), Sekolah Swasta (34.6%), Pusat Tuisyen (29.8%) dan mengusahakan sekolah persendirian (15.4%). Dari segi kesesuaian program pengajian UPSI dengan keperluan semasa bidang keguruan mengikut pandangan majikan guru; kajian mendapati kursus ikhtisas pendidikan adalah penting dan mesti dikuasai oleh graduan UPSI. Mereka berpendapat bahawa kursus Pedagogi Pendidikan adalah paling penting untuk graduan UPSI (87.0%), diikuti dengan Kursus Psikologi Pendidikan (79.9%) dan Kursus Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan (77.5%). Manakala Kursus Falsafah Pendidikan dan Kurikulum (61.4%), Kursus Rekabentuk Instruksional dan Teknologi (60.5%) adalah juga penting dan yang kurang penting ialah Kursus Sosiologi Pendidikan (56.2%). Majikan guru juga berpandangan, graduan UPSI perlu menguasai aspek Pengurusan Kurikulum (97.9%), Tugas Guru Kelas (96.5%), Pengurusan Kokurikulum (93.2%), Pengurusan Hal Ehwal Murid (88.2%), Pengurusan Disiplin (88.2%), Kaunseling Pelajar (83.2%), Pengurusan Kerjaya (87.5%), Pentadbiran (78.8%) dan Pengurusan Asrama (57.7%). Pandangan Majikan Guru Mengenai Kesesuaian Kursus ikhtisas Pendidikan dianalisis berdasarkan soalan terbuka mendapati, secara keseluruhannya majikan guru menyatakan kursus-kursus ikhtisas yang ditawarkan oleh UPSI adalah sesuai. Dari segi prasarana dan kemudahan mengikut pandangan pensyarah; keseluruhann pensyarah (lebih 80.0%) bersetuju bahawa dewan kuliah membantu proses pengajaran dan pembelajaran kecuali pensyarah daripada Fakulti Sains Sukan (75.0%) dan Fakulti Seni Muzik (58.6%). Bagi kemudahan komputer; pada keseluruhannya (75.9%) pensyarah bersetuju bahawa ia membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanapun kemudahan perisian (39.1%), pencetak (17.2%), komunikasi (25.7%) dan perpustakaan (44.7%) kurang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi prasarana khusus yang dapat membantu proses pengajaran di fakulti tertentu; pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi bersetuju dengan kemudahan komputer (92.9%) dan perisian (80.1%). Pensyarah Fakulti Seni dan Muzik berpandangan prasarana studio dan bengkel yang disediakan kurang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah Fakulti Sains Sukan berpandangan prasarana gelanggang, gimnasium dan padang yang disediakan kurang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi prasarana yang menyokong pengendalian program, keseluruhan pensyarah mendapati bahawa prasarana yang terdapat di UPSI menyokong pengendalian program yang dilaksanakan (70.0%). Secara khususnya pensyarah berpendapat kemudahan paling utama yang menyokong pengendalian program pengajian adalah kemudahan bangunan (88.4%), perpustakaan (85.4%), perabot (82.9%), perkakasan makmal dan perisian ICT (80.5%). Pensyarah berpendapat prasarana yang disediakan sesuai dengan teknologi terkini iaitu perpustakaan (77.6%), bangunan (75.3%), perkakasan makmal dan perisian ICT (75.2%) dan perabot (72.9%). Pensyarah juga berpendapat prasarana yang disediakan dapat memenuhi keperluan masa hadapan. Kemudahan yang paling memuaskan adalah perpustakaan (63.8%) dan perkakasan makmal dan perisian ICT (63.4%). Prasarana yang tidak memuaskan sehingga boleh menjejaskan pengendalian kursus ialah Bilik Kuliah (50.9%) dan Internet (56.4%). Kemudahan yang paling tidak memuaskan adalah Kemudahan Riadah (89.4%), Bilik Pensyarah (77.7%), Kafetaria (75.8%) dan Kemudahan Beribadah (70.7%). Dari segi Kemudahan Audio-Visual di dalam Bilik Kuliah, Dewan Kuliah dan Makmal, kebanyakan pensyarah sangat berpuas hati dengan peralatan/kemudahan audio visual, iaitu Mounted/Portable LCD Projector (95.5%), Motorised/Portable LCD Screen (87.9%), Mounted/Portable Speaker System (85.9%) dan Wired/Wireless Microphone (70.1%). Bagaimanapun pensyarah tidak berpuas hati dengan Cordless Clip Microphone (66.3%). Mereka juga berpuas hati dengan kemudahan Wireless Internet (71.9%), tetapi tidak berpuas hati dengan kemudahan Video Conferencing System (73.1%) dan Web TV (70/9%). Universiti mewajibkan pensyarah menggunakan aplikasi sistem E-Leaming, iaitu MyGuru dalam pengajaran mereka. Walau bagaimana pun kajian menunjukkan pensyarah hanya berpuas hati dengan beberapa modul yang terdapat di dalam MyGuru. Skor kepuasan mereka ialah seperti berikut: Teaching Plan (88.8%), Study Materials (88.4%), Subject Administration (87.4%), Announcement (86.7%), Assignment (79.7%), Forum (73.4%) dan Library (71.8%). Mereka tidak berpuas hati dengan modul Multimedia Lectures - live video conferencing (66.7%), Exam Delivery (59.9%), Exam Question (57.3%), Multimedia Lectures - on demand/live video streaming (56.6%), dan Question Bank (55.9%). Analisis soal selidik terbuka menghuraikan cadangan-cadangan pensyarah mengenai prasarana dan perkhidmatan yang perlu diberi perhatian. Pensyarah berpendapat kemudahan riadah perlu dilengkapkan dan ditambah. Kuliah yang diadakan sehingga lewat petang menyukarkan pelajar beriadah pada waktu petang. Dicadangkan diadakan kemudahan riadah tertutup untuk siswi. Pensyarah turut mencadangkan diwujudkan kedai buku yang menjual buku akademik terkini terbitan pelbagai penerbit. Pensyarah mencadangkan diwujudkan lebih banyak kafeteria dalam kampus bagi mengatasi masalah staf, pensyarah dan pelajar keluar kampus. Kemudahan pengangkutan pelajar seperti perkhidmatan bas perlu lebih cekap dan kerap dan bas yang digunakan perlu baru dan mempunyai logo UPSI. Pensyarah juga menyatakan bilik kuliah yang jauh di Taman Bernam menjejaskan perjalanan kursus. Disarankan agar bilik kuliah sebaik-baiknya berada berdekatan dengan kampus supaya masa perjalanan dari satu lokasi kuliah ke lokasi lain tidak mengambil masa panjang dan tidak memerlukan pelajar menaiki bas. Kesukaran mengakses internet dikatakan sebagai kemudahan yang mengganggu perjalanan kursus. Pensyarah mencadangkan agar sambungan internet dipasang di semua bilik kuliah. Selain itu UPSI perlu menyediakan server yang berkemampuan tinggi dan sistem ICT yang tidak selalu terjejas. Mengikut pandangan majikan bukan guru, pada keseluruhannya semua syarikat awam, swasta tempatan dan antarabangsa berpendapat kualiti kerja graduan UPSI tiada bezanya dengan kualiti kerja graduan daripada IPTA lain. Majikan bukan guru mendapati bahawa prestasi graduan UPSI dalam menjalankan tugas adalah pada tahap baik. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan kebolehpasaran dan ketrampilan graduan UPSI telah dikemukakan oleh majikan bukan guru. Majikan bukan guru mencadangkan graduan UPSI diberi latihan orientasi mengikut bidang kerja bukan guru, peningkatan kemahiran dalam kursus teknologi maklumat, kursus pemasaran, kursus pengurusan sumber, kursus pengurusan/pentadbiran dan kursus keusahawanan. Bagi peningkatan kemahiran insaniah, graduan perlu menyertai seminar dan kursus nilai tambah serta mengambil bahagian aktif dalam memberikan pandangan, berani mencuba dan komited. Program yang diaturkan untuk pelajar di UPSI mestilah lebih menjurus kepada pendedahan pasaran kerja bukan guru. Program-program ini boleh diwajibkan kepada graduan sebelum mereka bergraduat sama ada secara selitan {embedded) dalam kursus-kursus akademik, kokurikulum, praktikum atau pun program khas tamat sekolah (finishing school).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)