UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Ilmu konten pedagogi merujuk kepada pengetahuan tentang bagaimana hendak mengajar sesuatu topik pelajaran kepada kumpulan pelajar yang khusus dalam konteks yang spesifik. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan tahap penguasaan, pelaksanaan dan perbezaan ilmu konten pedagogi dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani. Seterusnya, mengenalpasti hubungan di antara ilmu konten pedagogi dengan pelaksanaan pengajaran guru. Seramai 149 guru Pendidikan Jasmani tingkatan empat di sekolah menengah daerah Ulu Kinta, Perak Malaysia dan 125 guru pendidikan jasmani kelas X di sekolah menengah atas (SMA) Surabaya, Indonesia telah dikaji. Data kajian dikumpul melalui soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pendidikan jasmani di Malaysia menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap sederhana (M=2.90) dan 86.3% telah melaksanakan ilmu tersebut dalam pengajarannya. Manakala tahap penguasaan ilmu konten pedagogi guru pendidikan jasmani di Indonesia adalah tinggi (M=3.69) dan 94.2% telah melaksanakan dalam kelas pengajaran Pendidikan Jasmani. Terdapat perbezaan yang signifikan (£=00) bagi penguasaan ilmu konten pedagogi dalam pendidikan jasmani di antara guru di Malaysia dengan guru di Indonesia. Terdapat hubungan yang sederhana tetapi signifikan di antara ilmu konten pedagogi dengan pelaksanaan pengajaran bagi guru pendidikan jasmani di Malaysia (r=.622, p< 01) dan di Indonesia (r=.647, p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |