UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Mohamad Khalid Nur Haziyanti,
Title :Profil resilien dalam kalangan pelajar jurusan Sains Sukan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profil resilien dalam kalangan pelajar (N=280) jurusan Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Kajian turut mengenalpasti hubungkait antara faktor risiko, faktor pelindung dan hasil resilien yang terdapat dalam proses resilien pelajar. Kaedah soal selidik digunakan bagi mengumpul data profil resilien. The Students Stress Survey digunakan untuk mengenalpasti faktor risiko. Faktor pelindung pula diukur menggunakan The Adult Resiliency Attitudes Scale (ARAS) khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai kekuatan resilien, BarOn Emotional Quotient Inventory; Youth Version (BarOn EQ-i:YV) bagi mengetahui kecenderungan kecerdasan emosi, dan Rotter's Locus of Control Scale bagi mengetahui tentang kecenderungan lokus kawalan. Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS) pula digunakan bagi mengukur status negatif kesihatan mental individu. Profil resilien rnenunjukkan faktor akademik adalah faktor risiko paling tinggi yang menyumbangkan stres dalam proses resilien responden. Dari aspek faktor pelindung pula, kekuatan responden dilihat dalam aspek moraliti (kekuatan resilien), mood umum (kecerdasan emosi) dan lokus kawalan dalaman. Hubungkait antara faktor risiko dan faktor pelindung tidak menjamin peningkatan pencapaian akademik, namun hubungkaitnya dengan penurunan kadar kemurungan, kebimbangan dan stres memberi gambaran yang jelas bahawa pelajar Sains Sukan harus memiliki faktor pelindung yang kuat dari aspek kekuatan resilien, kecerdasan emosi dan kecenderungan ke arah lokus kawalan dalaman bagi menghadapi apa jua faktor risiko yang mendatang supaya kestabilan kesihatan mental dapat dikekalkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.