UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Melaka, negeri di mana semuanya bermula. Sebagai sebuah negeri yang melalui sejarah yang panjang serta pernah dijajah oleh tiga kuasa besar (Portugis, Belanda dan Inggeris), Melaka mempunyai pelbagai tinggalan budaya samaada berbentuk 'alih' (tangible) dan 'tak alih' (in-tangible). Kedua-dua ini merupakan gabungan dan adunan yang menjadi tarikan utama kepada pelancong. Namun, samaada sedar atau tidak, warisan budaya sedia ada terhakis dan hilang secara perlahanlahan akibat pelbagai faktor termasuk pelancongan itu sendiri. Penyelidikan ini bertujuan melihat 'survival' (keberdayaan) warisan budaya yang ada di Negeri Melaka dalam menghadapi tekanan dan isu termasuklah pelancongan. Selain itu, usaha dan peranan pihak-pihak yang berkaitan dalam memastikan warisan budaya sedia ada terus berkekalan akan turut dibincangkan. Di akhir penulisan beberapa cadangan yang didapati mampu mengatasi masalah yang timbul juga dikemukakan bagi memastikan setiap masalah yang timbul akan dapat ditangani dan seterusnya warisan budaya sedia ada terus kekal untuk tatapan generasi masa kini dan masa akan datang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |