UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Haron Isahak, Gapor Abdul Latif, Masran Md Imasir, Ibrahim Abdul halim, Mohamed Nor Mariam,
Title :Kesan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan dasar penggunaan Bahasa lnggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah (PPSMI), terutama di sekolah rendah: sejauh manakah dasar ini berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi murid dalam kedua-dua mata pelajaran ini; dan sejauh manakah ia meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa lnggeris, seperti yang diharapkan oleh Kerajaan apabila dasar ini diumumkan dalam Julai 2002, dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2003. Kajian ini merupakan kajian tinjauan soal selidik dan ujian Matematik, Sains dan Bahasa lnggeris di kalangan sampel murid Tahun 5 di sekolah rendah dalam tiga kohort, iaitu tinjauan Februari 2007 (N=1564) dari 27 buah sekolah rendah, Julai 2007 (N= 636) dari 13 buah sekolah, dan Januari 2008 (N= 1703) dari 28 buah sekolah. Murid ini telah mengalamai pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa lnggeris selama empat tahun, iaitu sejak dasar ini mula diperkenalkan. Dapatan dari ketiga-tiga sampel ini konsisten. Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa lnggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka 'tidak faham/kurang faham' pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa lnggeris, dan mereka 'sukar/agak sukar' mempelajari keduadua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa lnggeris dan 'menyelesaikan masalah'. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa lnggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. Corak dapatan tentang masalah dan pencapaian Matematik dan Sains ini sama seperti beberapa kajian lalu, terutama kajian Juriah Long (2005) sampel pelajar Tingkatan 2 sekolah menengah di seluruh negara. Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai. Bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa lnggeris pelajar. Dengan itu disyorkan Kerajaan mengkaji semula dasar PPSMI ini dan mengguna semula Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains sekolah rendah dan menengah, kerana guru dan pelajar sudah pun mahir untuk belajar dalam bahasa kebangsaan. Ia akan mengukuh pembelajaran asas Matematik dan Sains di peringkat awal lagi. Untuk meningkatkan prestasi Bahasa lnggeris, peruntukan masa untuk pengajaran-pembelajaran Bahasa lnggeris di sekolah rendah perlu ditambah. Kaedah alternatif pengajaran-pembelajaran Bahasa lnggeris perlu digalakkan dan diguna untuk murid berlainan kebolehan, terutama di sekolah kebangsaan di luar bandar. Bahan bacaan dari pelbagai bidang seperti sastera, sains dan teknologi, sejarah dan geografi boleh diguna dalam pelajaran Bahasa lnggeris untuk membina kecekapan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa lnggeris secukupnya, supaya mereka dapat mengakses maklumat yang kaya dalam sains, teknologi, sastera dan sains sosial.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)