UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Omar Ani,
Title :Nostalgia dan realiti perspektif Agus Salim dalam puisi Melayu moden (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini tertumpu kepada kumpulan puisi Agus Salim dan kesemua puisi-puisi beliau yang terdapat dalam pelbagai sumber sama ada daripada majalah, akhbar dan antologi puisi yang sarat dengan puisi-puisi nostalgia dan realiti. Berdasarkan puisi-puisi tersebut objektif kajian adalah untuk mengenal pasti perspektif Agus Salim dalam puisi-puisi nostalgia ciptaan beliau sejak tahun 1976 hingga tahun 2006 dari sudut Neo-Nostalgia, menganalisis realiti dalam konteks dunia sejagat yang terdapat dalam puisi-puisi Melayu moden Agus Salim menurut pemikiran SPB4L dan meneliti sumbangan Agus Salim dalam kepimpinan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) melalui puisi Melayu moden. Kajian ini mendapati puisi-puisi Agus Salim telah ditulis dengan begitu teliti dan mempunyai maksud yang sangat .mendalam. la boleh dijadikan sebagai panduan serta pedoman dalam kehidupan seharian. Tambahan pula ia berkaitan dengan kehidupan manusia sejagat. Puisi-puisinya juga menggunakan ayat-ayat dan perkataaan yang begitu puitis serta mudah difahami. Oleh itu, kajian ini berpendapat puisi-puisi karya Agus Salim sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Guru-guru boleh mengaplikasikan puisi-puisi ini dalam mata pelajaran Sastera ataupun Bahasa Melayu. Hal ini kerana terdapat begitu banyak nilai-nilai pengajaran yang boleh dipelajari oleh para pelajar. Mereka juga boleh mencontohi peribadi Agus Salim yang mulia, rajin serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Hasil karya Agus Salim merupakan suatu ibadah yang tidak ternilai harganya dalam mengharumkan dunia kesusasteraan tan ah air. Kajian ini juga menemukan betapa Agus Salim telah menjadikan dunia persekitarannya, sumbangan dan kebaktiannya selama berkecimpung dalam dunia perguruan dan semasa menerajui kepimpinan PEN sebagai gedung ilmu dan universiti yang tiada tolok bandingannya dalam mengimbau segala suka duka sama ada yang berbentuk nostalgia atau realiti sebagai wadah pencarian dan pengisian jiwanya semasa berkarya khususnya dalam genre puisi. Kajian ini merumuskan setiap insan dikurniakan bakat dan kelebihan yang tersendiri. Seharusnya anugerah Ilahi ini dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T untuk bekalan di dunia mahupun di akhirat nanti seperti mana yang telah dilakukan oleh Agus Salim.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)