UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kompetensi pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi menggunakan pendekatan pembelajaran dalam talian (PDT). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti elemen PDT, sokongan institusi dan pengalaman pensyarah menggunakan pendekatan PDT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian boleh digunakan untuk membantu IPTA mengenal pasti masalah pelaksanaan PDT dan merancang penggunaan PDT sebagai satu pendekatan alternatif kepada pendekatan konvensional. Sampel kajian terdiri dari 60 pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggunakan SPP MyGuru dan 50 pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menggunakan sistem SPP Blackboard. Data di analisis menggunakan SPSS versi 12.0. Statistik min, frekuensi dan korelasi Spearman telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi pensyarah dalam kemahiran asas teknikal dan operasi serta penggunaan LMS adalah pada tahap sederhana. Pensyarah yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 2 tahun mempunyai kompetensi yang lebih tinggi dalam kemahiran teknikal dan operasi dan dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding pensyarah yang mempunyai kurang 2 tahun pengalaman. Selain itu, wujud hubungan antara kemahiran teknikal dan operasi dengan pengajaran dan pembelajaran dalam talian, hubungan yang signifikan antara elemen penting PDT dengan kemahiran teknikal dan operasi pensyarah serta pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setiap pensyarah seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas komputer dan sistem telekomunikasi dan kemahiran pedagogi dalam talian menggunakan SPP bagi membantu mereka menggunakan pendekatan PDT dalam pengajaran dan pembelajaran. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |