UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :QA Mathematics
Main Author :Jantan Ramlah, Masran Md Nasir,
Title :Hubungan antara gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid dengan pencapaian dalam pelajaran Matematik di beberapa buah sekolah rendah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini di jalankan adalah untuk melihat hubungan di antara gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid dengan pencapaian Matematik muridmurid sekolah rendah. Seramai 395 orang murid dan 13 orang guru sekolah rendah di sekitar daerah Tanjong Malim, Perak dan Hulu Bernam, Selangor telah terpilih menjadi sampel kajian. Murid-murid tersebut terdiri daripada murid-murid darjah 3, 4, 5, dan 6 manakala guru-guru pula terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran Matematik di sekolah rendah. Proses pengumpulan data soal selidik dijalankan ke atas murid menggunakan soal selidik Ujian Bentuk Tersembunyi Berkumpulan (GEFT) oleh Herman Witkin. dan Goodenough (1977). Manakala soal selidik untuk guru pula menggunakan soal selidik yang telah diubahsuai daripada Grasha (1996) iaitu Inventori Gaya Mengajar Guru (Teaching Styles Inventory). Data soal selidik ini digunakan untuk melihat apakah gaya mengajar seorang guru dan melihat gaya belajar murid semasa pembelajaran berlaku di dalam kelas sarna ada bergantung medan atau bebas medan dan kemudiannya untuk melihat adakah terdapat pengaruh gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid ke atas pencapaian murid berdasarkan kepada markah ujian Matematik murid. Setelah pross pengumpulan data dilakukan, data dianalisis menggunakan pakej perisian statistik SPSS versi 12.0. Terdapat dua jenis analisis yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian mendapati wujudnya pengaruh gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid ke atas pencapaian Matematik murid di mana pengaruh gaya pengajaran guru adalah lebih besar berbanding pengaruh gaya pembelajaran murid.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)