UPSI Digital Repository (UDRep)

Mengukur kesan model Konstruk Pengetahuan Berstruktur (KPB) terhadap anjakan sikap terhadap pembelajaran Biologi pelajar

AVAILABLE Article 1934 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Mengukur kesan model Konstruk Pengetahuan Berstruktur (KPB) terhadap anjakan sikap terhadap pembelajaran Biologi pelajar
Type
Article
Main Author
Moh @ Abdullah Eftah, Abd. Shukor Abd. Aziz, Lebar Othman, Dollah Mohd. Uzi,
Subject
LC Special aspects of education
ISSN
2232-0393
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2013

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Biologi menggunakan Model Konstruk Pengetahuan Berstruktur (KPB). Dalam menilai keberkesanan KPB, perbandingan dibuat dengan Pengajaran dan Pembelajaran Tradisional (PPT). Model KPB mengandungi tiga fasa utama iaitu pemerolehan, integrasi dan aplikasi konsep-konsep. Modul KPB diguna sebagai protokol pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengikut Model KPB bagi topik Respirasi dan Tenaga dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat. Pelaksanaan PPT tidak menggunakan modul khusus tetapi sentiasa dipastikan menggunakan buku teks dan melakukan amali yang sama, tetapi tidak memberi penekanan pengajaran mengikut fasa-fasa KPB terutamanya peringkat integrasi. Eksperimen-kuasi dengan Rekabentuk Kumpulan PPT Tidak Serupa yang melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimen (Model KPB) dan Kumpulan PPT (PPT) digunakan dalam kajian ini. Seramai 171 sampel pelajar telah dipilih secara rawak dari empat buah sekolah Menengah Harian dalam daerah Kinta di negeri Perak. Sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran biologi pelajar diukur menggunakan soal selidik Sikap Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Biologi (STPB). Kumpulan pelajar KPB telah menunjukkan perbezaan beberapa kedudukan item-item bagi sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran Biologi dengan menunjukkan anjakan menurun item-item (Ujian Pos lebih mudah berbanding Ujian Pra). Pola anjakan item-item ini menunjukkan kumpulan pelajar KPB menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding kumpulan PPT.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.