Lengkung peralihan licin dengan kuartik Bezier satahan
Type
Article
Main Author
Ahmad Azhar, Md Ali Jamaludin,
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2013
Abstract
Kertas ini membincangkan satu keluarga lengkung peralihan satahan licin yang dibina menggunakan dua lingkaran kuartik Bezier. Lingkaran kuartik yang diperkenalkan ini mempunyai enam darjah kebebasan yang memberi kelebihan untuk mempelbagaikan rupa bentuk lingkaran di dalam selangnya. Kelicinan adalah dirujuk melalui ciri-ciri keselanjaran geometri G2 dan kelengkungan monoton yang dimiliki oleh sesuatu lengkung peralihan. Oleh sebab lengkungan ini tidak memiliki sebarang juring, gelung dan titik lengkok balas, di samping tanpa perubahan kelengkungan yang mendadak maka ia amat sesuai untuk aplikasi tertentu dalam Reka Bentuk Berbantukan Komputer (RBK) bagi memenuhi keperluan estatis serta kepentingan fungsinya seperti reka bentuk produk industri, trajektori robot tidak holonomi dan juga reka bentuk mendatar landasan kereta api serta lebuh raya. Sebagai suatu perwakilan polinomial, lingkaran kuartik Bezier ini mampu digabungjalinkan ke dalam sistem RBK yang kebanyakannya berasaskan perwakilan NURBS (nonuniform rational B-splines). Kata kunci: Kelengkungan monoton; lengkung peralihan; lingkaran kuartik bezier
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.