UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kertas kerja ini bertujuan menganalisis kesan dasar kewangan terhadap jenis kontrak pembiayaan dalam sistem perbankan Islam (SPI) di Malaysia. Dua kategori kontrak ditawarkan dalam SPI iaitu kontrak pembiayaan berasaskan prinsip jual beli (Bai’) yang terdiri daripada kontrak Bai’ Bi Thaman Ajil (BBA), Ijarah (IJA), Ijarah Thumma al-Bai’ (ITHB) serta Murabahah (MRB) dan kategori kedua adalah berasaskan perkongsian iaitu kontrak Mudarabah (MDB) dan Musyarakah (MSK). Analisis bagi enam jenis kontrak ini dilakukan menggunakan model VAR melalui dua bentuk ujian iaitu Fungsi Tindak Balas (IRF) dan penguraian varian (VDC). Data bulanan dari bulan Januari, 2007 hingga bulan Jun, 2010 digunakan bagi mencapai tujuan kajian ini. Hasil daripada analisis IRF, kontrak BBA, IJA, MSK dan MDB sensitif dengan inovasi atau perubahan dalam pemboleh ubah dasar kewangan. Dapatan daripada ujian VDC pula menunjukkan pemboleh ubah kewangan mempunyai kekuatan relatif untuk meramal kontrak jual beli antara 10 hingga 20 peratus. Manakala, kontrak perkongsian pula lebih kuat diterangkan oleh pemboleh ubah makro. Walau bagaimanapun, perubahan dalam pemboleh ubah kewangan akan mempengaruhi kekuatan hubungan ini. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |