UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan dasar kewangan terhadap jenis kontrak pembiayaan perbankan Islam

AVAILABLE Article 4776 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kesan dasar kewangan terhadap jenis kontrak pembiayaan perbankan Islam
Type
Article
Main Author
Muhammad Fidlizan, Mohd Hussin Mohd Yahya, Abdul Razak Azila,
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2013

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan menganalisis kesan dasar kewangan terhadap jenis kontrak pembiayaan dalam sistem perbankan Islam (SPI) di Malaysia. Dua kategori kontrak ditawarkan dalam SPI iaitu kontrak pembiayaan berasaskan prinsip jual beli (Bai’) yang terdiri daripada kontrak Bai’ Bi Thaman Ajil (BBA), Ijarah (IJA), Ijarah Thumma al-Bai’ (ITHB) serta Murabahah (MRB) dan kategori kedua adalah berasaskan perkongsian iaitu kontrak Mudarabah (MDB) dan Musyarakah (MSK). Analisis bagi enam jenis kontrak ini dilakukan menggunakan model VAR melalui dua bentuk ujian iaitu Fungsi Tindak Balas (IRF) dan penguraian varian (VDC). Data bulanan dari bulan Januari, 2007 hingga bulan Jun, 2010 digunakan bagi mencapai tujuan kajian ini. Hasil daripada analisis IRF, kontrak BBA, IJA, MSK dan MDB sensitif dengan inovasi atau perubahan dalam pemboleh ubah dasar kewangan. Dapatan daripada ujian VDC pula menunjukkan pemboleh ubah kewangan mempunyai kekuatan relatif untuk meramal kontrak jual beli antara 10 hingga 20 peratus. Manakala, kontrak perkongsian pula lebih kuat diterangkan oleh pemboleh ubah makro. Walau bagaimanapun, perubahan dalam pemboleh ubah kewangan akan mempengaruhi kekuatan hubungan ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.