UPSI Digital Repository (UDRep)

Kemahiran penaakulan saintifik dan stail pengajaran pensyarah : indikasi awal ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar Institusi Pengajian Tinggi

AVAILABLE Article 4791 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kemahiran penaakulan saintifik dan stail pengajaran pensyarah : indikasi awal ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Type
Article
Main Author
Mohd. Tajudin Nor’ain, Abd Rahman Nurulhuda, Saad Noor Shah, Yahaya Asmayati, Alimon Hasimah, Dollah Mohd. Uzi, Abd Karim Mohd. Mustamam,
Subject
L Education (General)
ISSN
2232-0393
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2013

Abstract

Penyelidikan tinjauan ini bertujuan menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) pelajar Sains, Matemaik dan Kejuruteraan (SMK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA),stail pengajaran pensyarah (SPP) serta hubungan antara KPS dan SPP. Seramai 975 pelajar daripada enam buah universiti terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara teknik persampelan rawak berstrata. Terdapat dua instrumen kajian iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik dan Soal Selidik Stail Pengajaran Pensyarah. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus dan min serta pekali korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan kebanyakan pelajar masih berada pada tahap operasi konkrit. Dua stail pengajaran pensyarah yang dominan menurut persepsi pelajar adalah pakar dan pemberi kuasa. Walau bagaimanapun kajian menunjukkan terdapat korelasi negatif yang lemah antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dengan stail pengajaran pensyarah. Dapatan kajian ini dapat di jadikan sebagai penanda aras tahap KPS pelajar SMK di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Malaysia. Kajian perbandingan dengan pelajar di luar negara dan seterusnya pembinaan model pengajaran yang mempunyai potensi yang baik bagi meningkatkan tahap KPS pelajar merupakan kajian lanjutan yang harus dijalankan bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada masalah ketidaksetaraan antara tahap penaakulan saintifik dengan umur pelajar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.