UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekangan yang menghalang pelajar asing untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Data diperoleh berdasarkan temu bual yang dilakukan terhadap 10 orang responden yang terdiri daripada pensyarah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Data dianalisis berdasarkan kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan kekangan yang menghalang pelajar asing untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada faktor pelajar, tenaga pengajar, program latihan dan persekitaran. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar asing ini memerlukan teknik dan kaedah susulan daripada tenaga pengajar sendiri dalam usaha menangani setiap kekangan yang dihadapi oleh pelajar. Kata kunci: kemahiran bertutur, Bahasa Melayu sebagai bahasa asing, kekangan, pelajar asing. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |