Kajian awal tentang penerapan nilai dalam pengajaran Matematik di sekolah menengah pertama
Type
Article
Main Author
Nyimas Aisyah, Dollah Mohd. Uzi, Saad Noor Shah,
Subject
QA Mathematics
ISSN
2232-0393
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2013
Abstract
Kajian awal ini bertujuan untuk meneroka nilai-nilai yang diterapkan guru dalam pengajaran matematik, dengan responden adalah satu orang guru matematik di SMP Negeri 15. Data dikumpul secara kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumentasi. Pengumpulan data melalui tiga kali proses pengajaran. Setiap proses pengajaran melibatkan temu bual prapengajaran, pemerhatian pengajaran kelas dan temu bual pascapengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru telah melaksanakan sekurang-kurangnya dua kategori nilai dalam pengajaran matematik, iaitu nilai pendidikan umum dan nilai pendidikan matematik. Nilai pendidikan umum yang dominan diterapkan guru dalam pengajaran matematik adalah nilai jujur, rasa ingin tahu, teliti, dan disiplin. Nilai pendidikan matematik yang dominan diterap oleh guru adalah nilai aktivis, nilai instrumental, nilai relevan, nilai teoretikal, nilai kebolehcapaian, nilai kawalan dan nilai penilaian.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.