UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :L Education (General)
Main Author :Farah Aida Sanip
Title :Penilaian kesedaran strategi metakognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan pelajar Biologi (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menilai kesedaran strategi metakognitif dan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar Biologi berdasarkan jantina, jenis dan lokasi sekolah. Responden terdiri daripada 300 orang pelajar Biologi tingkatan empat daripada sembilan buah sekolah menengah di negeri Johor. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak berstrata. Inventori Kesedaran Strategi Metakognitif (MAI) dengan dua konstruk utama, pengetahuan tentang kognitif dan regulasi kognitif digunakan untuk menentukan tahap kesedaran strategi metakognitif. Ujian KBAT dengan empat aras pembelajaran taksonomi tersemak Bloom (aplikasi, analisis, penilaian, penciptaan) digunakan untuk mengukur tahap KBAT dalam kalangan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran strategi metakognitif yang tinggi tetapi tahap KBAT rendah dalam kalangan responden. Analisis statistik menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesedaran strategi metakognitif dan KBAT berdasarkan jantina. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesedaran strategi metakognitif dan KBAT berdasarkan jenis dan lokasi sekolah. Koefisien korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan yang sangat lemah antara tahap kesedaran strategi metakognitif dengan KBAT. Kesimpulan dapatan kajian menunjukkan kesedaran strategi metakognitif responden tidak selari dengan keupayaan mereka terhadap KBAT. Implikasi kajian boleh digunakan sebagai panduan oleh guru untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha mempertingkatkan kesedaran strategi metakognitif dan KBAT dalam kalangan pelajar Biologi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)