UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Ghazali Din
Title :Proses kreatif dan pemikiran: kajian puisi A. Wahab Ali dan Kemala
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2010
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Disertasi yang bertajuk “Proses Kreatif dan Pemikiran: Kajian Puisi A. Wahab Ali dan Kemala” ini dibuat bertujuan mengkaji bagaimana mereka menghasilkan karya kreatif. Perbincangan memberi fokus kepada proses kreatif dan pemikiran dari hasil karya yang dihasilkan yang bertitik tolak daripada latar belakang kehidupan dan pendidikan. Aspek ini dianggap relatif dengan dunia penulisan kreatif dalam semua genre kesusasteraan. Setiap pengarang mempunyai proses kreatif tersendiri yang memberi kesan kepada karya yang dihasilkan. Pengkaji melihat penyair A. Wahab Ali dan Kemala memiliki kekuatan rohaniah dan jasmaniah serta pengaruh bakat dan psikologi yang perlu dikaji bagi menjawab persoalan bagaimana pengalaman hidup dan pendidikan mempengaruhi proses kreatif mereka melahirkan karya yang mencapai pengiktirafan peringkat nasional, serantau dan dunia. Persoalan kedua, keperluan melihat bagaimana proses kreatif berlaku dari peringkat awal hingga menjadi sebuah karya. Proses kreatif penyair akan dikenalpasti sama ada mempunyai keselarasan dengan Model MG Taylor yang mengutarakan tujuh proses kreatif. Ketiganya bagaimana karya kreatif yang dihasilkan membina pemikiran yang dikaitkan dengan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L). Kajian ini dianalisis melalui kaedah kualititatif dan dihurai secara deskriptif. Maklumat dan data diperolehi dengan kaedah kajian kepustakaan dibuat dengan mencari bahan-bahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka serta perpustakaan beberapa institut pengajian tinggi awam dan temubual bersama kedua-dua pengarang. Hasil kajian tentang proses kreatif kepengarangan serta pemikiran yang dicetuskan ini menemukan pengkaji dengan beberapa perbezaan dan persamaan kedua-dua penyair dari aspek waktu berkarya, pencarian idea, memilih idea, pengeraman, sensitiviti persekitaran serta matlamat dalam berkarya. Pengkaji mendapati proses kreatif sama ada terdapat perbezaan atau persamaan, namun matlamat pengkaryaan adalah untuk menyampaikan mesej dalaman pengarang yang akhirnya mendidik atau memanusiakan manusia. Kajian ini juga akan memberi manfaat kepada universiti dari aspek dokumentasi, kesinambungan kajian, menghargai nilai proses kreatif pengarang, memartabat kesusasteraan Melayu serta memperkasakan semula Universiti Pendidikan Sultan Idris atas asas kekuatan kemasyhuran yang dibina oleh kedua-dua penyair.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.