UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Alvin Raj Santhanadass
Title :Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian Pendidikan Luar (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian Pendidikan Luar. Instrumen ini berbentuk soal selidik yang terdiri dari komponen pengetahuan strategik, kecekapan perlakuan dan afektif. Soal selidik ini diadaptasi dan diubahsuai dari Tennessee Self Concept Questionnaire, Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ), Participant Motivation Questionnaire (PMQ), Cooper Smith Inventory, Group Environment Questionnaire (GEQ) dan Manual Pendidikan Luar (MPL). Sebanyak 95 item soal selidik yang telah dikenal pasti dan dibina diuji ke atas 100 orang subjek lelaki dan perempuan berumur 15 dan 16 tahun dalam kajian rintis. Kaedah factor analysis, Cronbach alpha dan kesahan pakar digunakan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ujian. Analisis Pearson Product Moment menunjukkan nilai kesahan pakar terhadap instrumen penilaian adalah 0.89 - 0.90 dan nilai kebolehpercayaan 0.89. Berdasarkan factor analysis kaedah pencabutan Principle Component Analysis, hanya 51 daripada 95 item soal selidik berada dalam komponen tersebut berdasarkan loading utama yang tinggi dan melebihi nilai pekali korelasi 0.30. Sejumlah 81.16 varian dapat diterangkan oleh semua item ke atas tiga komponen yang utama. Kaedah pre experimental one group pretest–posttest digunakan dalam kajian sebenar bagi menguji kesahan konstruk instrumen penilaian Pendidikan Luar. Seramai 70 orang subjek lelaki dan perempuan berumur 15 dan 16 tahun dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Semua subjek menjalani ujian pra dan selepas itu diberi intervensi selama tiga hari kemudian diuji semula dalam ujian pasca. Kajian ini di jalankan di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah. Keputusan MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pra ujian dan pasca ujian, bagi keseluruhan komponen utama pengetahuan strategik, kecekapan perlakuan dan afektif. Analisis ujian t juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keseluruhan instrumen penilaian Pendidikan Luar antara kumpulan pra ujian dan pasca ujian. Hasil Kajian menunjukkan instrumen penilaian Pendidikan Luar mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Instrumen penilaian Pendidikan Luar ini dapat digunakan khususnya oleh pusat Kokurikulum Negeri Sabah bagi perkhemahan Pendidikan Luar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)