UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :L Education (General)
Main Author :Umi Chotimah Izazi
Title :Keberkesanan pengintegrasian nilai-nilai Pancasila terhadap motivasi, pencapaian akademik dan penghayatan nilai pelajar sekolah menengah pertama
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan pembelajaran yang mengintegrasikan nilai-nilai Pancasila dalam Pendidikan Kewarganegaraan terhadap motivasi, pencapaian akademik dan penghayatan nilai pelajar Sekolah Menengah Pertama Palembang Indonesia. Reka bentuk kajian menggunakan kuasi eksperimen yang mana dua kaedah yang berbeza dilaksanakan dalam pembelajaran Pendidikan Kewarganegaraan iaitu dengan menggunakan Rencana Pelaksanaan Pembelajaran yang mengintegrasikan nilai-nilai Pancasila bagi kumpulan rawatan dan Rencana Pelaksanaan Pembelajaran Sedia Ada bagi kumpulan kawalan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos yang setara. Seramai 73 pelajar tingkatan VII Sekolah Menengah Pertama telah dipilih sebagai sampel dan mereka telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 38 orang dalam kumpulan rawatan dan 35 orang dalam kumpulan kawalan. Perbezaan min motivasi pelajar dianalisis menggunakan ujian-MANCOVA. Perbezaan min pencapaian akademik pelajar dianalisis menggunakan ujian-t, sedangkan penghayatan nilai dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran yang menggunakan Rencana Pelaksanaan Pembelajaran Yang Mengintegrasikan Nilai-Nilai Pancasila memberi kesan yang positif terhadap motivasi, pencapaian akademik pelajar dan penghayatan nilai pelajar, iaitu nilai-nilai keagamaan, kemanusiaan, kesatuan, demokratik dan keadilan. Nilai-nilai tersebut bersesuaian dengan aktiviti pelajar dalam kehidupan sehari-hari, sehingga boleh mencapai matlamat kurikulum Pendidikan Kewarganegaraan Sekolah Menengah Pertama. Kajian ini boleh memberi sumbangan kepada mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan nilai bagi meningkatan motivasi, pencapaian dan penghayatan nilai pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.