UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengenalan asas rebab Kelantan

AVAILABLE Thesis 3146 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengenalan asas rebab Kelantan
Type
Thesis
Main Author
Zapri Mat Zain
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Laporan projek pembangunan buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini disediakan bagi memenuhi keperluan kursus APM6006 dalam program Sarjana Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Penghasilan projek ini adalah bagi menambahkan lagi koleksi bahan dan sumber tentang permainan alat muzik rebab khususnya di negeri Kelantan. Penghasilan buku ini juga sedikit sebanyak akan menyumbang kepada pengekalan warisan kebudayaan dari luput ditelan zaman. Buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini dibina berpandukan penerbitan buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian projek yang dihasilkan ini telah dijalankan temu bual terhadap tiga orang pemain rebab yang berpengalaman. Dapatan hasil temu bual menunjukkan kesemua responden bersetuju dengan segala aspek yang berkaitan dengan produk yang dihasilkan. Namun begitu terdapat juga sedikit kelemahan dalam penghasilannya dan cadangan-cadangan untuk menambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan ini. Diharapkan dengan terhasilnya buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini usaha mendokumentasikan kesenian tradisional warisan negara dapat dilaksanakan oleh mereka-mereka yang berminat dan memberi semangat kepada pencinta muzik tradisi mengusahakan penerbitan bahan-bahan yang lain pula.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.