Perbandingan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif model Jigsaw bagi tajuk Bumi, Bulan dan Matahari
Type
Thesis
Main Author
Thunishaa Veerappen
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbandingan keberkesanan salah satu kaedah Pembelajaran Koperatif iaitu Jigsaw sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan minat murid terhadap penggunaan pendekatan ini. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 60 orang murid tahun 5 yang terdiri daripada dua kelas yang berlainan dari SJK (T) Jalan Fletcher yang mempunyai pencapaian tahap akademik yang berbeza dalam mata pelajaran Sains. Murid-murid dari dua kelas tersebut akan diajar salah satu tajuk Sains diyakini susah dari persepsi murid iaitu tajuk Bumi, Bulan dan Matahari selama 5 kali perjurnpaan. Data kuantitatif dikumpul menggunakan ujian pra dan pos dan soal selidik. Penganalisian data dibuat menggunakan ujian-r, ujian ANCOVA dan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min skor ujian pra kelas A daripada M=8.40 kepada M=14.13 dan kelas B daripada M=6.37 kepada M=8.23 dalam ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan skor yang ketara bagi murid kelas A berbanding dengan kelas B tetapi pendekatan Jigsaw ini membawa kesan kepada pencapaian kedua-dua kelas. Ujian ANCOVA pula menunjukkan bahawa wujud kesan kaedah PdP terhadap pencapaian murid [F (1,57) = 289.209, P < .05]. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif dengan kekuatan baik dan signifikan di antara pencapaian murid yang mengikuti pembelajaran Koperatif Jigsaw dengan tahap murid dengan nilai r= .852, p < .01. Hasil pemerhatian juga menunjukkan perlakuan yang positif semasa pendekatan Jigsaw digunakan. Ini menunjukkan penggunaan teknik Jigsaw berpotensi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan minat murid tahun 5 dalam tajuk Bumi, Bulan dan Matahari.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.