UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Wan Mustaffa Wan Salmuni, Kamis Hariri, Mohd Shokory Suzyanty, Jusoh Osman,
Title :Pembuatan keputusan multi kriteri kenaikan pangkat kakitangan akademik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA):teknik proses hierarki analisis (PHA)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pendidikan tinggi Malaysia mengalami perubahan dalam sistem pendidikannya selaras dengan keperluan globalisasi. Malaysia ingin menjadi pelopor pendidikan tinggi di Asia di raana pelajar memilih Malaysia sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pengajian mereka. Bagi mencapai matlamat ini, aspek utama yang diberi penekanan adalah sumber manusia. Ini adalah kerana sumber manusia yang berkualiti dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat dan peningkatan prestasi pendidikan tinggi ke tahap antarabangsa. Kakitangan akademik merapakan input utama dalam proses transformasi pendidikan serta merupakan faktor penyumbang kepada kecemerlangan dan kegagalan sesebuah institusi. Oleh hal demikian. salah satu cara bagi mendapatkan pensyarah yang berkualiti tempatan dan luar negara pihak kerajaan perlu menyediakan ganjaran dan pengiktirafan yang menarik. Antara ganjaran yang didapati paling berkesan adalah kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat yang selaras dengan perubahan dan keperluan globalisasi memerlukan penilaian pelbagai kriteria (multi kriteria) meliputi hampir kesemua aspek tugasan, aktiviti dan sumbangan mereka. Pada masa sekarang, di Malaysia telah wujud satu instrumen penilaian prestasi kakitangan akademik tetapi masih wujud rungutan dan ketidakpuasan dikalangan mereka. Bagi majikan pula, mereka berpendapat instrumen adalah kurang menyeluruh dan masih tidak memenuhi keperluan globalisasi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menghasilkan satu instrumen pembuatan keputusan untuk kenaikan pangkat kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan mengambil kira pandangan global dan penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Terdapat tujuh komponen (kriteria utama) digunakan dalam instrumen ini iaitu Penerbitan/penulisan, Penyelidikan, Persidangan, Pengajaran, Perundingan. Perkhidmatan dan Keperibadian. Sampel kajian terdiri daripada pembuat keputusan bagi kenaikan pangkat bagi kakitangan akademik iaitu dekan dan timbalan dekan di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Data diperolehi melalui pengedaran borang soal selidik dan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan teknik Proses Hierarki Analisis (PHA). Teknik ini berdasarkan kepada 3 prinsip iaitu penghuraian, pertimbangan perbandingan relatif dan sintesis keutamaan bagi mengenalpasti dan menentukan keutamaan kepentingan kriteria-kriteria yang dikaji.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.