UPSI Digital Repository (UDRep)

Kepimpinan instruksional dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor

AVAILABLE Thesis 2392 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kepimpinan instruksional dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor
Type
Thesis
Main Author
Rodzimah Mohd Rodzi
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor. Reka bentuk kajian kuantitatif dipilih dengan menggunakan kaedah tinjauan deskriptif untuk menjawab persoalan kajian dan hipotesis. Satu set instrumen telah digunakan untuk menilai kepimpinan instruksional guru besar dan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah kajian. Seramai 244 orang guru dari enam buah sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor telah dipilih menjadi responden menggunakan teknik persampelan rawak bersistematik. Analisis statistik deskriptif iaitu skor min serta sisihan piawai dan inferensi seperti ujian t, ANOVA dan analisis korelasi Pearson telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan amalan pembelajaran profesional guru. Kajian ini juga mendapati kepimpinan instruksional guru besar dan amalan pembelajaran profesional guru berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini telah menunjukkan bahawa pemimpin sekolah telah melaksanakan kepimpinan instruksional serta menitikberatkan amalan pembelajaran profesional guru seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025. Impak kajian ini menunjukkan bahawa amalan pembelajaran profesional guru yang proaktif dengan sokongan padu dari kepimpinan instruksional guru besar dipercayai memberi impak positif terhadap kualiti pembelajaran murid dalam bilik darjah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.