UPSI Digital Repository (UDRep)

Struktur dan pemikiran lagu rakyat Dalling-dalling

AVAILABLE Thesis 1696 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Struktur dan pemikiran lagu rakyat Dalling-dalling
Type
Thesis
Main Author
Mohd Fazil Ajak
Subject
P Philology. Linguistics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan terhadap struktur dan pernikiran dalam lagu rakyat Dallingdalling. Dalling-dalling merupakan lagu rakyat masyarakat Suluk yang terdiri daripada bait-bait puisi tradisional. Teori Teksdealisme digunakan untuk melihat lapisan idea dalam lagu. Pandangan Za'ba pula untuk melihat sarna ada struktur Dalling-dalling ini menepati ciri pantun atau sebaliknya manakala pemikiran berpandukan gaya bahasa yang digunakan. Dalling-dalling ialah tajuk lagu dan juga tarian yang dipanggil tarian Dalling dalling. Tarian Dalling-dalling diiringi dengan lagu Dalling-dalling di mana kadang kala dinyanyikan secara spontan tanpa sebarang tarian. Lagu ini dinyanyikan ketika majlis keramaian. Tema Dalling-dalling ialah tentang kecantikan wanita dan juga tentang percintaan. Fungsinya adalah untuk menyindir, menegur dan memberi nasihat kepada khalayak. Dalling-dalling menggunakan kiasan berbentuk perbuatan. Berbeza dengan puisi tradisional Melayu, unsur flora dan fauna sering digunakan namun dalam Dallingdalling unsur tersebut kurang digunakan. Dalling-dalling tidak mempunyai bentuk yang tetap dan tidak mempunyai pembayang yang khusus. Keseluruhan rangkap adalah berkaitan. Dalling-dalling sebagai salah satu warisan puisi tradisional yang menjadi lagu rakyat adalah lambang pernikiran dan sifat masyarakat Suluk yang mementingkan hubungan sesama manusia dan saling berpesan antara satu sarna lain. Kajian ini mendapati bahawa Dalling-dalling lebih mirip kepada seloka dari segi tema dan fungsinya.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.