Peranan pengurusan pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan terhadap dasar sekolah selamat
Type
Thesis
Main Author
Mohd Muzakir Md. Ali
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pengurusan pengetua di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terhadap dasar sekolah selamat berdasarkan peranannya sebagai penjaga (in loco parentis), penyelesai masalah, dan penghubung. Selain itu kajian bertujuan mengenal pasti hubungan antara setiap peranan pengurusan tersebut dengan tahap keselamatan sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang disesuaikan daripada Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Data diperolehi dengan mengedarkan soal selidik kepada 217 responden dalam kalangan guru, kakitangan sekolah dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (pIBG) di SABK yang terpilih. Kekerapan, min dan peratusan digunakan untuk menganalisis dapatan bagi kesemua item yang dibangunkan. Manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara peranan pengurusan pengetua terhadap tahap keselamatan sekolah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan iaitu 22.2 peratus peranan pengurusan pengetua terhadap tahap keselamatan sekolah berdasarkan aspek pengetua sebagai penjaga, penyelesai masalah dan penghubung. Implikasi kajian ini sangat berfaedah khususnya kepada pihak pengurusan SABK bagi usaha penambahbaikan peranan pengetua terutama dalam Piawaian Keselamatan Sekolah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.