UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesilapan sebutan nada bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu

AVAILABLE Thesis 3064 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesilapan sebutan nada bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu
Type
Thesis
Main Author
Chuah, Kee Ping
Subject
P Philology. Linguistics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesilapan sebutan nada serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada dan kesilapan sebenar dalam sebutan nada Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu. Kajian deskriptif berdasarkan tinjauan ini melibatkan 88 orang pelajar UiTM yang mengikuti kursus Bahasa Mandarin sebagai subjek kajian ini. Rakaman suara bacaan sebutan kata dwisuku dianalisis dengan perisian Praat untuk menganalisis dan mengenal pasti kesilapan sebutan nada. Soal selidik diedarkan kepada subjek kajian untuk mengenal pasti dan menganalisis serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada kata dwisuku dengan kesilapan sebenar yang dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap kesilapan sebutan nada adalah tidak selaras dengan hasil analisis sebenar. Maka, penekanan terhadap semua kategori sebutan nada kata dwisuku adalah diperlukan. Kesilapan interlingual, intralingual, dan developmental dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi subjek kajian melakukan kesilapan sebutan nada. Cadangan pembetulan diketengahkan untuk penambahbaikan tahap penguasaan sebutan nada Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu seperti nyanyian lagu Bahasa Mandarin, mengenal sebutan melalui suku kata, dan mengajar menggunakan isyarat tangan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.