UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :BF Psychology
Main Author :Yaakub Noran Fauziah, Ayob Ahmad Mahdzan, Hasan Osman Rani, Quek Bong Cheang, Ismail Ramlee, Saper Md Noor, Jusoh Ahmad Jazimin, Mohd Arip Aziz Shah,
Title :Kajian keberkesanan kos program bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2005
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
1. Pernyataan Masalah Kementerian Pelajaran telah memberi peruntukan yang banyak bagi guru B&K menjalankan pelbagai program. Kesemua ini menelan perbelanjaan yang besar. Selain daripada mengenal pasti keberkesanan program B&K kajian ini menganggar keberkesanan kos bagi setiap program intervensi yang dijalankan di sekolah. 2. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan membandingkan keberkesanan kos program B&K di sekolah menengah mengikut empat jenis sekolah, iaitu sekolah menengah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah menengah teknik. Selain itu, kajian inijuga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor keberkesanan koso 3. Metodologi Kajian Rekabentuk kajian ialah melalui tinjauan tiga pihak yang terlibat dengan program B&K, iaitu guru B&K, guru dan pelajar. Data dikumpul dengan menggunakan tiga set soalselidik yang menggunakan beberapa instrumen persepsi untuk mengukur "kepuasan" pihak-pihak tertentu tadi, selain daripada mendapatkan data berkaitan dengan kos untuk menjalankan program B&K. Unit analisis dalam kajian ini ialah sekolah; dari data puluhan pelajar dan beberapa orang guru yang terpilih dari setiap sekolah, suatu "indeks" dihitung melalui kiraan min (purata) respons untuk mewakili sekolah berkenaan. Selain itu, pelajar sebagai individu juga digunakan sebagai unit analisis bagi tujuan memberi profil mereka. Empatjenis sekolah dari 14 buah negeri dikaji, iaitu SMH, SBP, SMKA dan SMT dan perbandingan keberkesanan kos dibuat antara sekolah. Jenis sekolah menjadi pembolehubah perbandingan dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menghantar para penyelidik ke sekolah-sekolah yang terpilih secara pensampelan rawak berstrata dari setiap negeri dan wilayah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.