UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :book_section
Subject :L Education (General)
Main Author :Ibrahim Mohamad,
Title :Keberkesanan penggunaan model pengajaran dan pembelajaran dengan ICT dalam pembelajaran teknologi maklumat pelajar tingkatan empat SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak (IR)
Place of Production :Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2007
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Perkembangan awal penggunaan teknologi dalam pendidikan kebanyakannya berasaskan kepada anjuran daripada Teori Pembelajaran Behaviorisme dan Kognitivisme, di mana teknologi digunakan untuk mengajar, seolah-olah ia menggantikan tempat guru. Ini bermakna pengetahuan terletak di dalam teknologi dan teknologi mempersembahkan pengetahuan kepada murid. Peranan murid adalah untuk belajar pengetahuan yang dipersembahkan oleh teknologi, sebagaimana mereka mempelajari pengetahuan yang diberikan oleh guru. Aliran Konstruktivisme pula berpendapat penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus berubah dari peranan tradisional teknologi sebagai guru kepada teknologi sebagai rakan di dalam proses pembelajaran. Pelajar harus belajar dengan teknologi, bukannya belajar dari teknologi. Teknologi harus menjadi rakan intelektual pelajar. Dalam kajian ini satu model pengajaran dan pembelajaran berasaskan pandangan Konstruktivisme dibangunkan, iaitu dinamakan Model Pengajaran dan Pembelajaran dengan ICT (PP-ICT). Model ini menekankan penggunaan kemudahan dan peralatan ICT dalam pembelajaran (bukan sebagai alat bantu mengajar oleh guru) oleh murid dan guru bertindak sebagai fasilitator. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar yang menggunakan model ini dalam pembelajaran topik Rangkaian dan Telekomunikasi adalah signifikan lebih tinggi (p < 0.05) daripada pencapaian pelajar yang mengikuti pembelajaran topik yang sama dengan kaedah biasa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)