UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan antara penerimaan dengan sikap terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran maya

AVAILABLE Thesis 5711 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan antara penerimaan dengan sikap terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran maya
Type
Thesis
Main Author
Harmaniza Ishak
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi optimis, persepsi inovatif, persepsi kegunaan dan persepsi mudah digunakan dengan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran dalam kalangan pelajar pasca siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kerangka konseptual kajian ini dibina dengan berpandukan kepada model Technology Readiness Index dengan Technology Acceptance Model. Sampel kajian adalah dalam kalangan para pelajar pascasiswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian korelasi. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi konstruk kesediaan teknologi, persepsi kegunaan, persepsi mudah digunakan, dan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran. Statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson dan regresi linear digunakan dalam analisis data kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi optimis, persepsi kegunaan, persepsi mudah digunakan dengan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran. Manakala tiada wujud hubungan yang signifikan antara persepsi inovatif dengan sikap terhadap penggunaan perisian pembelajaran maya. Melalui kajian ini, adalah dicadangkan bahawa perisian pengurusan pembelajaran yang mudah digunakan akan mempengaruhi sikap terhadap penggunaan perisian berkenaan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.