UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Ini adalah satu kajian tindakan bagi mengenal pasti keberkesanan koswer Visual Assisted Teaching Aid (BBM-VATA) dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman murid bagi topik fasa-fasa bulan. Refleksi awal menunjukkan murid mempunyai miskonsepsi tentang fasa-fasa bulan, sukar untuk menggambarkan konsep kejadian fasa-fasa bulan dan keliru di antara kejadian fasa-fasa bulan, gerhana matahari dan juga gerhana bulan. Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) diguna sebagai kerangka kajian dan kuasi eksperimen dipilih sebagai reka bentuk kajian. Sampel terdiri daripada dua kumpulan 35 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik inferensi menggunakan ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian pra dan pasca di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan nilai t=8.081 (miskonsepsi) dan nilai t=13.042 (kefahaman) pada p = 0.00 < 0.05. Boleh disimpulkan bahawa penggunaan koswer BBM-VATA dapat membantu dalam memahami isi kandungan topik yang dipelajari serta menangani miskonsepsi yang wujud. Justeru para pendidik digalakkan untuk memperkenalkan BBM-VATA dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. |
References |
1. Ary, D., Jacobs, L. C. & Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education. Belmont, CA: Wadsworth Thompson Learning. 2. Aziz Nordin & Lee, Y. H. (2009). Miskonsepsi dalam konsep mol di kalangan pelajar tingkatan empat SMK Pontian, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 3. Bayraktar, S. (2009). Pre-service primary teachers ideas about lunar phases. Journal of Turkish Science Education, 6(2), 12-23. 4. Dayana Farzeeha Ali, Cheng, L. Y., & Mohd Nur Khafiz Hussin. (2014). Persepsi guru-guru terhadap sistem KBSR dan KSSR: Satu kajian tinjauan dari aspek kurikulum kesediaan guru dan pelaksanaannya. Batu Pahat: Universiti Teknologi Malaysia. 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Malaysia. 6. Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Third Edition, Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press. 7. Martin, B. L., Mintzes, J. J. & Clavio, I. E. (2000). Restructuring knowledge in biology: Cognitive processes and metacognitive reflections. International Journal of Science Education, 22(3), 303-323. 8. Mohd Nuruzzaman Izam. (2013). Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran kajian lapangan mata pelajaran Sains tahun 5: Bumi dan alam semesta. Miri: Open Universiti Malaysia. 9. Naresh, K. M. (1999). Marketing research: An applied orientation. New Jersey: Prentice Hall. 10. Needham, R. (1987). Teaching strategies for developing understanding in science. England, UK: Science and Mathematics Education. 11. Nor Ilyani, H, Ahmad Fauzi M. A. & Fadzilah, A. R. (2012). Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Tatabahasa. Jurnal Bahasa Melayu, 2(1), 31-42. 12. Suhaimi Zakaria, Baharuddin Aris, Hasnah Mohammed, Norasykin Mohd Zaid & Zaleha Abdullah. (2014). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi melalui model stesen rotasi pelbagai mod. Batu Pahat: Universiti Teknologi Malaysia. 13. Suseela, M. (2001). Pengumpulan dan analisis data kualitatif: Satu Imbasan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 14. Tversky, B. (2005). Functional significance of visuospatial representations. Dalam Shah, P. & Miyake, A. (Eds.). Handbook of higher-level visuospatial thinking. Cambridge: Cambridge University Press. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |