UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :BF Psychology
Main Author :Saper Md Noor, Mohd Yatim Ab Aziz,
Title :Penggunaan aktiviti kemahiran belajar 5 domain dalam kalangan bakal kaunselor UPSI (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kemahiran belajar 5 domain merupakan satu pendekatan kemahiran belajar berdasarkan pengalaman penulis sebagai kaunselor di sekolah. Kajian ini bertujuan melihat persepsi pelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain, mengenalpasti pendekatan pelaksanaan modul ini dalam kalangan bakal kaunselor UPSI yang berpraktikum di samping meninjau kekuatan dan kelemahan modul berkenaan setelah diaplikasikan kepada pelajar. Fasa satu melibatkan pendekatan kuantitatif menggunakan soalselidik untuk melihat persepsi pelajar yang telah melalui bengkel Kemahiran Belajar 5 Domain. Seramai 90 orang pelajar daripada 3 buah sekolah telah dipilih sebagai responden. Fasa kedua menggunakan pendekatan kualitatif di mana seramai 6 orang bakal kaunselor UPS! yang berpraktikum telah dipilih sebagai responden. Data telah dikumpul melalui temubual dan dianalisis menggunakan perisian N-Vivo 2.0. Dapatan kajian kuantitatif mendapati peratusan persepsi pelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain adalah positif. Ini boleh dilihat dengan kadar peratusan mencapai tahap tinggi yakni melebihi 80 peratus. Modul ini menyeronokan, membantu memudahkan ingatan di samping menggalakan belajar lebih kreatif. Dapatan kajian kualitatif menunjukan peserta kajian memahami dengan mendalam konsep kemahiran belajar 5 domain dan mengetahui strategi untuk memberikan kefahaman penggunaan modul ini kepada para pelajar. Dapatan juga menunjukan kandungan modul ini tersusun dan sistematik, sesuai digunakan oleh pelajar pada semua tahap sarna ada tahap sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi di samping membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)