UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk menentukan indeks kecergasan fizikal kebangsaan peJajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun hingga 17 tahun sekolah menengah di Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 10,300 orang pelajar daripada 140 buah sekolah menengah seluruh negeri di Malaysia yang dipilih secara rawak menggunakan strategi pemilihan sampel rawak berlapis. Sam pel kajian terdiri dari (N = 5177) subjek lelaki dan (N = 5,123) subjek perempuan dimana bilangan pelajar berumur 13 tahun (N = 2,073), 14 tahun (N = 2,048), 15 tahun (N = 2,082), 16 tahun (N = 2,068) dan 17 tahun (N = 2,029). Penyelidik menggunakan persetujuan rujukan kriteria dan rujukan norma berdasarkan norma ujian yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM® ke atas Ujian PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan Ujian Trunk Lift. Dapatan kajian menunjukkan jumlah peratusan pelajar lelaki dan perempuan yang "lulus' Ujian PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan Ujian Trunk Lift berdasarkan kriteria rujukan piawaian FITNESSGRAM® (Cooper Institute for Aerobics Research), (Baumgartner et aI., 2003) serta menunjukkan tahap prestasi kecergasan fizikal subjek berdasarkan setiap ujian FITNESSGRAM® tersebut. Dapatan kajian juga menentukan sejauhmanakah persamaan kebolehpercayaan di kalangan sampel yang dapat di kelaskan sebagai Underweight, Normal Weight, Overweight, Obesity Class I, Obesity Class II dan Obesity Class III berbanding rujukan kriteria menggunakan piawaian The World Health Organization (WHO). Hasil kajian juga digunakan untuk membentuk norma indeks kecergasan fizikal kebangsaan pelajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun sekolah menengah Malaysia berdasarkan prestasi Ujian PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan Ujian Trunk Lifttersebut. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |