UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB1501 Primary Education
Main Author :Hasnan Zakaria
Title :Analisis proses kognisi dalam teks karangan bahasa Melayu sekolah rendah melalui kaedah hermeneutik (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis proses kognisi dalam teks karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun enam di sebuah sekolah kebangsaan di Klang. Objektif utama kajian ialah untuk mengenal pasti karangan yang cemerlang, baik dan memuaskan, masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran karangan dan bagaimana proses kognisi mempengaruhi karangan yang dihasilkan oleh murid. Kaedah Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menganalisis karangan murid. Dalam kajian ini sebanyak 38 sampel karangan daripada murid tahun enam dipilih untuk dianalisis. Proses kognisi yang dikenal pasti berlangsung sepanjang penghasilan karangan oleh murid ialah seperti proses mengingat semula, menyusun semula idea, mengaitkan idea dengan pengalaman lampau dan juga menyesuaikan maklumat tersebut dengan karangan yang dihasilkan. Hasil kajian juga mendapati bahawa murid dapat mencungkil dan memproses maklumat semasa menulis karangan dengan menghasilkan sebuah karangan yang cemerlang dan isi kandungannya mencapai tahap cemerlang. Manakala bagi karangan baik dan memuaskan memperlihatkan murid masih lagi sukar menggunakan proses kognisi mereka sewaktu menghasilkan karangan. Selain itu, hasil kajian ini juga didapati bahawa pengetahuan sedia ada murid daripada memori jangka panjang dan memori jangka pendek membolehkan murid menghasilkan karangan yang lebih cemerlang. Implikasi daripada kajian ini membolehkan komuniti pendidikan, khususnya guru sedar tentang kepentingan proses kognisi dalam penghasilan sesebuah karangan yang cemerlang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)