UPSI Digital Repository (UDRep)

Unsur-unsur sejarah dalam sudawil (pantun) Kadazandusun

AVAILABLE Conference Item 1252 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Unsur-unsur sejarah dalam sudawil (pantun) Kadazandusun
Type
Conference Item
Main Author
Kiting Rosliah,
Subject
DS Asia
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2013

Abstract

Setiap ilmu yang berkembang muncul dengan suatu latar belakang yang mendahuluinya. Lazimnya proses pembentukan dan pengukuhan ilmu tersebut diasaskan oleh peristiwa, ruang dan waktu tertentu. Kajian mengenai asal-usul dan salasilah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau termasuk dalam pengkajian sejarah. Sejarah juga merupakan catatan dan maklumat tentang sesuatu organisasi manusia dan ia serupa dengan peradaban dunia iaitu perubahan yang terjadi pada sifat-sifat manusia seperti kebiadaban, keramahan, sikap setiakawan, revolusi dan pemberontakan segolongan manusia terhadap manusia lain. Oleh itu kajian ini akan menumpukan penelitian terhadap unsur-unsur sejarah dalam sudawil Kadazandusun untuk merumuskan gambaran masa lalu tentang Kadazandusun dan sekitarnya sebagai makhluk sosial yang meliputi urutan fakta tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang peradaban masyarakat ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.