Dinamisasi Saung Angklung Udjo sebagai pusat pendidikan, pelancongan dan pembuatan alat muzik di Bandung, Indonesia
Type
Thesis
Main Author
Soleh, Mochamad Dadang
Subject
G Geography (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis dinamisasi Saung Angklung Udjo (SAU) dalam menstruktur semula aspek pendidikan, pelancongan serta pusat pembuatan angklung agar bersesuaian dengan tatapan, permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi kajian literatur, pemerhatian, temuramah dan analisis rakaman muzik dan video. Responden dalam kajian ini ialah para pelajar sekolah menengah, pelancong tempatan, pelancong antarabangsa dan ahli pengurusan SAU. Analisis data kajian lapangan menunjukkan bahawa SAU merupakan organisasi yang dinamis dari segi intuisi mereka dalam mengadaptasi struktur persembahan SAU kepada permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa abad ini. SAU telah membina satu ekosistem pendidikan dan pelancongan yang berpusatkan kemasyarakatan serta menerokai penggunaan sumber semulajadi bagi menggerakkan ekonomi dan membekalkan kerja kepada masyarakat di Bandung. Kajian ini mencadangkan SAU sebagai sebuah model untuk kelestarian tradisi budaya.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.