UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu transformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan PBS dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah. Seramai 103 orang guru matematik dari 13 buah sekolah menengah di daerah Raub, Pahang, telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan skor min keseluruhan amalan PBS adalah tinggi. Namun, perbezaan amalan PBS dengan pengalaman mengajar adalah tidak signifikan. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak yang terbabit dalam memartabatkan lagi amalan PBS dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran matematik. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |