UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Projek ini memaparkan sejarah permulaan tulisan jawi di Alam Melayu dan bagaimana khat Islami itu tumbuh dan berkembang di Alam Melayu amnya dan di Malaysia khasnya. Kesan perkembangan seni khat Islami ini terdapat juga di negeri Perak khasnya di pelbagai masjid. Sebagai hasil penyelidikan kami, dapatlah kami buktikan jenis khat yang paling digemari untuk perhiasan tulisan di masjid-masjid, iaitu khat thuluth dan nasakh. Kami juga dapat memastikan petikan ayat AI-Qur'an yang paling banyak dikemukakan sebagai perhiasan. Begitu juga petikan Hadith. Perhiasan tulisan ini tertera sama ada di dinding-dinding masjid atau di mimbar atau diletak dalam bingkai dan digantung di dinding. Dari segi bahasa, kami juga dapat menilai ketepatan terjemahan yang diberikan, gramatis ataupun tidak, dan penggunaan ejaan jawi yang betul ataupun salah. Dapat juga kami telusuri siapa penulis khat berkenaan, antaranya bekas pelajar SITC-MPSI, dan tidak: ketinggalan tulisan khattat terkenal di negeri Kedah, Pak Wan Abdullah. Kami turut menilai tulisan khat yang memuatkan ungkapan dalam bahasa Melayu, baik berbentuk arahan atau kenyataan di papan tanda. Aspek-aspek ini akan dibuktikan dengan contoh yang ada. Pelbagai rumusan kami yang terakhir turut dikirimkan ke Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk panduan perhiasan masjid-masjid yang akan dibina kelak. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |