UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Gaya pembelajaran dan gaya berfikir menunjukkan kecenderungan individu yang berbeza dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara Gaya Pembelajaran Kolb dan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar pendidikan teknikal. Seramai 230 orang pelajar pendidikan teknikal telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik yang diterjemah daripada Inventori Gaya Pembelajaran Kolb dan Inventori Gaya Berfikir Sternberg-Wagner telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai gaya pembelajaran jenis Pemusatan, diikuti dengan Penyesuaian Diri, Asimilasi dan Pencapahan. Bentuk gaya berfikir jenis Oligarki paling banyak dimiliki oleh pelajar. Keputusan analisis ujian kolerasi Cramer V menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan faktor demografi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya tahun pengajian mempunyai hubungan yang sangat lemah dengan bentuk gaya berfikir jenis Oligarki dan Anarki. Manakala, jantina pula mempunyai hubungan yang lemah dengan bentuk gaya berfikir jenis Oligarki, Hierarki dan Anarki. Selain itu, hasil analisis ujian kolerasi Cramer V juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |