UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan antara gaya pembelajaran Kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar pendidikan teknikal

AVAILABLE Article 2766 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Hubungan antara gaya pembelajaran Kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar pendidikan teknikal
Type
Article
Main Author
Yee Mei Heong, Md Yunos Jailani, Hassan Razali, Othman Widad, Tee Tze Kiong, Mohamad Mimi Mohaffyza,
Subject
LB Theory and practice of education
ISSN
2289-7070
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014

Abstract

Gaya pembelajaran dan gaya berfikir menunjukkan kecenderungan individu yang berbeza dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara Gaya Pembelajaran Kolb dan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar pendidikan teknikal. Seramai 230 orang pelajar pendidikan teknikal telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik yang diterjemah daripada Inventori Gaya Pembelajaran Kolb dan Inventori Gaya Berfikir Sternberg-Wagner telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai gaya pembelajaran jenis Pemusatan, diikuti dengan Penyesuaian Diri, Asimilasi dan Pencapahan. Bentuk gaya berfikir jenis Oligarki paling banyak dimiliki oleh pelajar. Keputusan analisis ujian kolerasi Cramer V menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan faktor demografi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya tahun pengajian mempunyai hubungan yang sangat lemah dengan bentuk gaya berfikir jenis Oligarki dan Anarki. Manakala, jantina pula mempunyai hubungan yang lemah dengan bentuk gaya berfikir jenis Oligarki, Hierarki dan Anarki. Selain itu, hasil analisis ujian kolerasi Cramer V juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.