UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :1985 - 496X
Main Author :Ismail Abdul Munir, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor,
Title :Dakwah ibu bapa kepada anak-anak kajian dalam kalangan suku Banjar daerah Krian, Perak, Malaysia
Year of Publication :2014

Abstract :
Kajian ini menganalisis pengamalan dalam kalangan ibu bapa suku Banjar dalam mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 160 responden dalam kalangan pelajar sekolah menengah dalam kalangan suku kaum Banjar Daerah Kerian, Perak. Hasil kajian mendapati ibu bapa suku Banjar bersikap tegas dan istiqamah dalam mengajar, mendidik dan menasihatkan anak-anak dari aspek akidah, syariat dan akhlak. Dapatan kajian menunjukkan 97% responden suku Banjar mengajar solat sejak kecil hingga baligh, 98% menanamkan akidah dengan betul, 99% dilatih menghormati dan menyayangi orang tua, 72% mengajar mengaji al-Quran sehingga tamat, 93% dilatih berpuasa sejak kecil dan 89% dilatih berpakaian menutup aurat. Implikasi kajian kepada ibu bapa, anak-anak dan masyarakat turut dibincangkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.