UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes di sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Amalan pemakanan, aktiviti masa lapang dan faktor sosiodemografi dinilai ke atas 250 orang responden kajian (97 perempuan dan 153 lelaki), berumur 10 - 12 tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak berstrata. Dua jenis instrumen digunakan iaitu soal selidik yang terdiri dari 47 item untuk mengumpul data kuantitatif dan protokol temu bual bagi mendapatkan data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang. Dapatan kajian mencadangkan kepentingan ibu bapa atau penjaga menentukan diet seimbang untuk anak-anak mereka. Para guru pula perlu merancang dan melaksanakan program untuk mengurangkan obesiti. Kesimpulannya, amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang mempengaruhi berat badan kanak-kanak. Implikasi kajian ini menunjukkan ibubapa dan guru-guru perlu mendidik kanak-kanak dengan amalan pemakanan dan penggunaan masa lapang yang betul. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |