UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes: satu kajian kes di negeri Sabah

AVAILABLE Thesis 5525 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Hubungan amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes: satu kajian kes di negeri Sabah
Type
Thesis
Main Author
Winday Sini@Siani
Subject
H Social Sciences (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes di sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Amalan pemakanan, aktiviti masa lapang dan faktor sosiodemografi dinilai ke atas 250 orang responden kajian (97 perempuan dan 153 lelaki), berumur 10 - 12 tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak berstrata. Dua jenis instrumen digunakan iaitu soal selidik yang terdiri dari 47 item untuk mengumpul data kuantitatif dan protokol temu bual bagi mendapatkan data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang. Dapatan kajian mencadangkan kepentingan ibu bapa atau penjaga menentukan diet seimbang untuk anak-anak mereka. Para guru pula perlu merancang dan melaksanakan program untuk mengurangkan obesiti. Kesimpulannya, amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang mempengaruhi berat badan kanak-kanak. Implikasi kajian ini menunjukkan ibubapa dan guru-guru perlu mendidik kanak-kanak dengan amalan pemakanan dan penggunaan masa lapang yang betul.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.