UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Dalam melihat kepada perkembangan masyarakat di Sungai Batu terutamanya yang melibatkan kearifan tempatan beberapa petunjuk telah diperoleh hasil daripada penyelidikan yang dijalankan terutamanya penyelidikan arkeologi dan juga analisis secara saintifik. Penyelidikan arkeologi telah berjaya menemukan beberapa jumpaan penting antaranya ialah sebuah struktur yang diperbuat daripada batu bata yang diduga sebagai sebuah stupa, sebuah inskripsi, relau untuk melebur besi, alat batu dan beberapa artifak lain seperti tembikar tanah, seramik asing, alat perhiasan, manik dan kaca. Penyelidikan arkeologi berjaya mendedahkan dua lapisan budaya yang utama iaitu lapisan budaya masyarakat pra-Buddha atau pra-candi yang diwakili oleh jumpaan alat-alat batu dan relau melebur besi manakala lapisan kedua ialah lapisan budaya masyarakat yang sudah menerima pakai agama Buddha yang diwakili oleh jumpaan sebuah stupa dan inskripsi. Analisis saintifik yang melibatkan teknik pendarfluor Sinar-X dan pembelauan Sinar-X telah membuktikan bahawa bata yang digunakan untuk membina Candi Sungai Batu telah menggunakan bahan mentah tempatan maka penglibatan masyarakat tempatan dalam pembinaan candi ini tidak dapat disangkal lagi. Beberapa aspek kearifan tempatan dalam sains dan teknologi hasil daripada penyelidikan di Sungai Batu adalah bagaimana masyarakat tempatan berjaya dalam menguasai teknik melebur dan menghasilkan produk besi seawal-awalnya pada abad ke-2 Masihi dan bagaimana mereka juga mahir dalam menghasilkan bata dan membina candi pada abad ke-6 Masihi secara langsung membuktikan masyarakat di Sungai Batu amnya dan Lembah Bujang khasnya sudah mengusai asas kepada sains dan teknologi. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |