UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
ISSN :1985 - 496X
Main Author :Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mat Said Zahid,
Title :Analisis guna tanah dan implikasinya terhadap persekitaran fizikal Lembangan Sungai Bernam 1984-2004 (IR)
Year of Publication :2014
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Pelbagai dasar pembangunan ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberikan manfaat kepada penduduk. Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan perubahan kepada guna tanah sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan kepada persekitaran fizikal. Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baharu bagi mengatasi kesesakan di Lembah Klang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perubahan guna tanah yang berlaku khususnya di bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam dari tahun 1984 hingga 2004 dan implikasi terhadap persekitaran. Data perubahan guna tanah diperoleh dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan data hujan mengikut stesen diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Analisis siri masa dilakukan bagi kesemua data bagi menilai sebarang perubahan dalam jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati guna tanah hutan semakin berkurangan di kawasan ini iaitu 689.2 km2 (1984) kepada 536 km2 (2004). Guna tanah hutan yang semakin berkurangan ini dikaitkan dengan aktiviti pembukaan tanah untuk pertanian kelapa sawit dan pembinaan kawasan bandar baharu iaitu Bandar Proton serta taman-taman perumahan. Guna tanah bagi tanaman pertanian kelapa sawit menunjukkan peningkatan tetapi tanaman getah pula merosot. Analisis data hujan pula menunjukkan sedikit penurunan dalam jangka masa panjang tetapi tiada perubahan yang signkan terhadap jumlah hujan yang direkodkan. Sebarang pembangunan yang hendak dilakukan perlu dikawal agar is tidak memberi kesan terhadap ciri-ciri fizikal yang akhirnya mendatangkan ketidakselesaan kepada masyarakat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)