UPSI Digital Repository (UDRep)

Isu-isu wanita dalam Manuskrip Melayu abad ke-15 hingga abad ke-18

AVAILABLE Article 1129 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Isu-isu wanita dalam Manuskrip Melayu abad ke-15 hingga abad ke-18
Type
Article
Main Author
Hasan Haryati,
Subject
DS Asia
ISSN
1985 - 496X
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014

Abstract

Sejarah kerajaan Melayu seperti yang tercatat dalam historiografi traditional terdapat bukti yang menunjukkan peranan wanita sebagai penyelamat atau penyebab berlakunya suasana politik yang tidak stabil. Di sebalik institusi Di Raja Malaysia, wanita turut berperanan penting, bukan sekadar di sebalik tabir, bahkan sejarah membuktikan ada kalangan wanita yang menjadi peneraju dan tunjang negara. Mereka bukan sahaja berdiri di sisi lelaki yang bergelar suami atau raja, tetapi mereka juga mampu berdiri sebagai raja atau sultan. Di Kelantan, Cik Siti Wan Kembang menjadi "ikon" wanita yang berperanan sebagai pemerintah. Puteri Sa'dong tidak kurang pentingnya dalam mempertahankan keutuhan dan kedaulatan Institusi Di Raja Kelantan. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, muncul beberapa orang wanita yang berperanan penting, antaranya Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah. Mereka berperanan mendamaikan persengketaan di antara dua pihak yang bertelagah dan menyatukan komponen politik serta turut mempengaruhi sultan dalam pelantikan pewaris takhta. Dalam Kerajaan Johor-Riau juga telah muncul beberapa orang wanita yang turut memberi impak besar kepada ketenteraman dan kestabilan politik dan pentadbiran. Bermula dengan pembunuhan ke atas Dang Anum, kemudian muncul pula Encik Pung dan sehinggalah berlakunya pertikaian antara Tengku Tengah dan Tengku Kamariah nyata telah mengundang sisi hitam dalam kemelut politik dan pentadbiran Kerajaan Johor-Riau. Pepatah Melayu ada menyatakan "Tangan Yang Menghayun Buaian Itu Mampu Menggoncang Dunia". Sejauhmana pentingnya peranan wanita tersebut dalam mempengaruhi kestabilan, ketenteraman dan keamanan akan dibincangkan dalam kajian ini dengan menganalisis teks pensejarahan Melayu seperti Sejarah Melayu, Tuhfat al-Naffs, Hikayat Siak dan Rengkasan Cetera Kelantan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.